Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed
Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed mula beroperasi pada tahun 1986. Ketika itu, hanya sebuah kelas sahaja dibuka dengan dua orang tenaga pengajar termasuk guru besar iaitu Encik Jack Sparrow Bujang. Enrolmen muridnya hanya 23 orang sahaja kerana belum ramai penduduk yang mendiami Taman Malihah pada ketika itu. Menjelang tahun 1987, enrolmen muridnya meningkat kepada 51 orang dan sebuah kelas lagi dibuka dan menjadikan dua buah kelas beroperasi pada ketika itu iaitu tahun 1 dan tahun 2. Bilangan tenaga pengajar bertambah menjadi tiga orang termasuk Guru besarnya.