Kelas Asas Microsoft Word

20 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Rabu – 19 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah telah membuat kelas Microsoft Word secara bersemuka dengan kehadiran beberapa orang pelajar daripada kawasa sekitar. Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar sekolah menengah. Memandangkan sesi pembelajaran sekolah pada masa pandemik sekarang menggunakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), kelas ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar sekolah yang tidak mempunyai komputer untuk membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran baru.

Mereka diajar fungsi-fungsi asas Word seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan cara mengubahsuai font. Pelajar sekolah memanfaatkan kemudahan dan sumber ilmu yang disediakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka serta dapat membiasakan diri dengan komputer terutamanya Microsoft Word untuk kertas kerja sekolah nanti. Pelajar sekolah memanfaatkan kemudahan dan sumber ilmu yang disediakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali