Kenali Kolestol dan Gaya Hidup Sihat

19 April 2022 | Aktiviti Terkini

Ahad – 18 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah dengan beberapa agensi telah menyertai satu program iaitu ‘Jom Kenali Kolestrol dan Gaya Hidup Sihat’ secara atas talian bemula 10 pagi sehingga 12 tengahari. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai apa sebenarnya kolestrol dan bagaimana gaya hidup sihat dapat diamalkan sentiasa.

Program ini anjuran bersama Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKFM). Program tersebut dimulakan dengan pendedahan dan peranan NKFM ini kepada msayarakat. Banyak input yang diperoleh dengan menyertai program advokasi tersebut. Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan dan didedahkan mengenai info kolestrol dan gaya hidup sihat seperti yang telah dikongsikan oleh penceramah jemputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali