Kelas Asas Microsoft Excel
2 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniIsnin – 1 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah telah membuat kelas Asas Microsoft Excel secara bersemuka dengan kehadiran beberapa orang komuniti sekitar. Kelas Asas Microsoft Excel ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Excel kepada individu terlibat. Dalam kelas ini, peserta di beri tunjuk ajar bagaimana membina coloumn pada sheet Excel dan juga menggunakan auto sum pada sheet Excel. Memandangkan peserta adalah terdiri daripada bekerja sendiri, maka pihak kami memberi tips membina jadual dengan menggunakan kaedah Excel supaya lebih cepat dan kemas. Peserta juga di ajar cara merge cell iaitu kaedah preview pada Excel agar mudah peserta simpan dalam bentuk PDF atau print out. Microsoft Excel adalah sangat digalakkan kepada setiap individu kerana penggunan Ecel ini sangat cepat, mudah dan kemas jika dibandingkan dengan Microsoft Word yang lebih kepada penulisan atau cerita panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: