Bengkel “Malaysia ICT Volunter Bersama Komuniti” Pejabat MCMC Negeri Sarawak Dengan PEDi Kluster Kuching

26 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 25 Jun 2022, Bengkel “Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti” Pejabat MCMC Negeri Sarawak Dengan PEDi Kluster Kuching telahpun diadakan selama satu (1) hari bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching. Bengke tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Seramai 50 orang yang telah menghadiri bengkel tersebut dan terdiri di kalangan kakitangan PEDi dan sukarelawan terpilih.

Pelbagai aktiviti dan aturcara program yang telahpun dirancangkan dan disusun atur oleh penganjur sepanjang bengkel ini berlangsung. Antaranya ialah pengenalan dan taklimat mengenai kepada program “Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti”, program advokasi mengenai e-pembayaran, program kemahiran insaniah, program tatacara pengambilan dan pengeditan gambar serta video yang berkualiti dan sebagainya. Penceramah adalah terdiri kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali