Program Celik Kewangan
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu – 21 Mei 2022, PEDi Kpg Pasir Pandak bersama wakil PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia dan PEDi Kpg Bako dengan anjuran UNIMAS telah mengadakan satu Program Celik Kewangan untuk sekitar komuniti Kpg Pasir Pandak. Program ini telah dihadiri oleh Encik Yeo Wee Kiak, iaitu Penasihat kewangan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia Cawangan Sarawak.
Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada komuniti Kg Pasir Pandak mengenai cara menguruskan kewangan dengan baik dan betul selain memberi tips bagaimana caranya untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebagai pendapatan kedua berikutan keadaan semasa iaitu kos hidup yang tinggi dan tekanan harga barang yang semakin meningkat.
Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan dan didedahkan mengenai cara dan tips pengurusan wang dengan baik, sempurana dan teratur seperti yang telah dikongsikan oleh penceramah jemputan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: