Umrah Era Pandemik Satu Perkongsian Pengalaman
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu – 22 Januari 2022, bermula jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam, agensi daripada pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bekerjasama dengan PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi Kg Pasir Pandak dan PEDi PPR Batu Gong dalam mengadakan satu pekongsian secara atas talian mengenai Umrah Era Pandemik. Ini merupakan satu tajuk dan yang sangat menarik kepada masyarakat di luar sana ang ingin tahu serba sedikit mengenai umrah dalam fasa pandemic ini. Jika sebelum ini, jemaah umrah sudah biasa melakukan umrah sebelum adanya wabak Covid 19 ini melanda di seluruh negara.
Apa yang dipeolehi daripada pekongsian seorang Mutawwif Umah atau Ustaz di sini, adalah seperti pengalaman berada di sana semasa musim pandemic ini. Salah satunya adalah penggunaan telefon pintar atau smart phone adalah sangat penting kerana Jemaah boleh menggunakan atau memuatnaik aplikasi yang dikenali sebagai ‘Tawakkalna’ dan ‘Eatmarna’ sekiranya hendak melakukan ibadah di Madinah dan Mekah. Setiap ziarah atau tempat sejarah nabi mempunyai slot-slot yang telah ditetapkan dan hanya boleh didaftarkan dengan menggunakan aplikasi tersebut. Salah satunya untuk menziarah Taman Syurga atau dikenali Raudhah hanya dibenarkan masuk hanya sekali sahaja. Tidak dibenakan masuk dalam tempoh 3 hari selepas itu.
Antara perkongsian dan pengalaman beliau, beliau banyak menceritakan suasana dan pejalanan sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Kini musim pandemik ini hanya dibenarkan sekali sahaja untuk melakukan umrah. Jika hendak melakukan umrah banyak kali, Jemaah perlu melakukan umrah di bahagian lain iaitu pada tingkat 2 dan tingkat 3. Untuk melakukan ibadah sama ada masuk ke Masjid Nabawi hanya dengan menunjukkan aplikasi Tawakkalna sahaja. Besar impak atau kesan daripada pandemik ini kepada ibadah umrah atau haji. Tetapi, semua Jemaah dapat atau dibenarkan solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Ini merupakan satu perkongsian yang berguna kepada bakal Jemaah di luar sana. Semoga kita semua akan di jemput menjadi tetamu Allah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: