Menuju ke platform E-Dagang
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniAhad – 20 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah dengan kerjasama Pengurus PEDi Kpg Quop telah membuat satu kelas berkaitan e-Dagang iaitu FoodPanda secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Ada beberapa buah PEDi juga terlibat secara tidak langsung dalam kelas tesebut.
Kelas E-Dagang ini khususnya berkaitan aplikasi FoodPanda diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan aplikasi FoodPanda kepada usahawan dan juga komuniti setempat.
Kelas ini mengajar bermula daripada asas pendaftaran FoodPanda dan berakhir dengan cara perkiraan jualan ketika mendaftar dengan FoodPanda. Selain itu, kelas ini juga memberi pendedahan dan tips ketika membuat jualan menggunakan aplikasi FoodPanda.
Kelas ini memberi pendedahan baru kepada bakal usahawan atau peniaga yang ingin memasarkan atau menjual produk mereka platform e-Dagang. Kelas ini juga telah membantu peniaga dalam menggunakan aplikasi FoodPanda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: