Tips Mengambil Screenshot Untuk PC
14 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniJumaat – 13 Jun 2021, PIK PPR Taman Malihah telah membuat satu perkongsian mengenai cara mengambil Screnshot untuk PC dengan kemas kepada semua golongan terutamanya kepada komuniti setempat. Kaedah yang digunakan untuk tips kali ini adalah melalui Shortcut Keyboard dan aplikasi Snipping tool.
Kaedah pertama digunakan adalah Shortcut Keyboard dan terdapat dua shortcut yang boleh digunakan, iaitu PrtSc dan Ctrl+Alt+PrtSc. PrtSc akan mengambil semua yang ada dipaparkan di skrin komputer manakala Ctrl+Alt+PrtSc akan mengambil gambar Windows yang aktif sahaja. Kaedah kedua adalah aplikasi Snipping Tool di mana anda boleh memilih sendiri kawasan yang untuk diambil gambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: