Buli Siber – Ancaman Dunia Digital
15 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniAhad – 14 Mac 2021, bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah telah mengadakan satu taklimat Klik Dengan Bijak yang berfokuskan dengan topik buli siber. Ancaman buli siber amat relevan pada masa kini kerana kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mahir menggunakan media sosial.
Masalah ini biasa berlaku di media sosial dan sesiapa sahaja boleh terdedah kepada ancaman buli siber. Banyak kesan negatif daripada perbuatan buli siber dan impaknya kepada seseorang individu boleh menjadi besar bergantung dengan kesihatan mental mereka. Oleh sebab itu, taklimat ini diharapkan dapat membantu komuniti untuk memahami dengan lebih jelas mengenai buli siber dan cara mengatasinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: