Membina Resume
10 November 2021 | Aktiviti TerkiniSelasa – 9 November 2021, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas ICT yang berfokus kepada kaedah membina resume. Resume bererti dokumen yang mengandungi maklumat tentang anda, pengalaman kerja, pendidikan, kemahiran, serta maklumat lain yang berguna. Dalam erti kata lain, ia adalah wajah anda di mata majikan. Aktiviti ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar cara membuat resume yang tepat dan berkesan. Mereka juga diajar untuk mencari aplikasi yang sesuai untuk menghasilkan resume dan cara penggunaannya. Antara aplikasi yang disyorkan pada kelas tersebut adalah aplikasi Canva.co.
Tujuan utama kelas adalah:
- Membiasakan diri dengan cara penggunaan Canva dan Google Docs di dalam pembuatan resume.
- Melatih diri untuk mencari maklumat dan contoh resume yang betul dengan lebih cekap
- Menghasilkan resume yang menarik dan penuh dengan informasi yang relevan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: