Pertandingan Video Tik Tok (Tema Kemerdekaan)
16 September 2020 | Aktiviti TerkiniSelasa – 15 September 2020, bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu aktiviti kepada komuniti sekitar Taman Malihah. Aktiviti ini diadakan di Bilik Latihan PI yang terdiri daripada pelajar sekolah. Kelas ini diadakan untuk komuniti menyertai pertandingan video tiktok sempena kemerdekaan ke 63. Tema ini adalah penghayatan kemerdekaan dalam norma baru.
Tujuan kelas adalah:
- Penghayatan kemerdekaan dalam norma baru.
- Melahirkan generasi yang cergas dan patuh kepada rukun negara.
- Melatih generasi menggunakan aplikasi video dengan lebih berhemah.
Kelebihan dan kebaikan:
- Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
- ICT juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kepada komuniti.
- Dapat membantu generasi muda dalam menghayati maksud kemerdekaan sebenar terutama dalam norma baru.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: