Kelas Multimedia (Tema Kemerdekaan)
30 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu – 29 Ogos 2020, bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas Multimedia yang berfokus kepada pembuatan poster melalui aplikasi Web Canva. Aktiviti ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar cara membuat poster yang menarik dan memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pengguna Pusat Internet. Mereka di ajar cara untuk menggunakan Canva seperti memilih “template” yang bersesuaian dengan tema kemerdekaan dan menggubahnya mengikut cita rasa sendiri.
Tujuan utama kelas adalah:
- Mempelajari aplikasi Canva untuk membuat poster
- Memupuk semangat kemerdekaan di kalangan komuniti
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
- Mencungkil bakat dan minat di kalangan pengguna
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: