Microsoft Office Word Basic
25 November 2019 | Aktiviti TerkiniAhad – 24 November 2019, bermula jam 2 hingga 4 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu aktiviti kepada komuniti sekitar Taman Malihah. Aktiviti ini diadakan di Bilik Latihan PI yang terdiri daripada pelajar sekolah. Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan dan melatih pelajar dalam menggunakan Microsoft Word sebagai panduan untuk kerja kursus masa hadapan nanti.
Tujuan kelas adalah:
- Mengenal Microsoft Office khususnya Microsoft Word..
- Melahirkan pelajar agar bijak dan mahir menggunakan Microsoft Word untuk kegunaan sekolah nanti.
- Melatih pelajar agar biasa menggunakan Word agar tidak ketinggalan sejajar zaman teknologi ini.
Kelebihan dan kebaikan Microsoft Word:
- Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
- Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P & P).
- ICT juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kepada komuniti.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: