Agenda Warisan Pintar Old Kuching Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

27 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mac 2019 (Selasa), Program ini adalah jemputan daripada pihak agensi kerajaan iaitudi bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Yayasan Sarawak sempena Program Agenda Warisan Pintar Old Kuching selama seminggu di tebingan Waterfront Kuching. Agenda warisan pintar ini adalah usaha untuk memberdayakan komuniti pintar terutamanya usahawan tempatan agar mengaplikasikan penggunaan digital dalam menjalankan urus niaga. Pihak kami bersama Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Pusat Internet Kampung Telaga Air dijemput untuk memberi taklimat berkaitan Klik dengan Bijak dan kesedaran advokasi.

Peserta adalah terdiri daripada pelajar Centexs Kuching serta kakitangan Yayasan Sarawak. Program ini berlangsung dari pagi sehingga petang dengan tajuk yang berlainan serta perkongsian Klik dengan Bijak. Selain itu, pelajar dapat memgetahui tentang kesedaran penggunaan internet dengan bijak dan selamat agar mereka lebih terdedah kepada keselamatan dan ancaman daripada internet terutamanya media sosial. Dengan tema Memberdayakan Komuniti Pintar, pameran anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak ini dimeriahkan dengan 40 booth Agensi Kerajaan, 42 booth komuniti setempat, dan 80 gerai jualan makanan dan minuman sepanjang seminggu penganjuran.

Antara topik-topik KDB dan Advokasi yang dikongsi adalah:

Aktiviti sokongan:

Semoga program ini akan dilanjutkan agar orang awam mempunyai kesedaran mengenai penggunaan internet dengan bijak.

_"The Power Of Networking Always Don't Talk To Strangers_"

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali