TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN ADVOKASI VOL.2
4 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniJumaat, 3 Mei 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu program kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) buat kali kedua (Vol. 2) bertempat di Dewan Abu Bakar As-Siddiq bermula jam 8 sehingga 10.30 pagi. Program ini dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Dahlia.
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
- Tips keselamatan Media Sosial (Jenayah Siber) - "Cyber Stalking", "Cyber Grooming" & "Sexting"
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama warga SMK(A) SHOAW yang sangat prihatin.
Jom Klik Dengan Bijak!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: