Bengkel Membuat Roti dan Kek

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 22 Jun 2019, bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan Kelas Membuat Roti dan Kek yang diketuai oleh tenaga pengajar iaitu Puan Roberta Ita. Kelas ini bertujuan untuk mengajar bakal usahawan dalam pembuatan roti dan kek. Kelas ini mempunyai dua sesi iaitu di sebelah pagi aktiviti membuat roti dan di sebelah petang aktiviti membuat kek.

Aktiviti ini merupakan sebuah program yang sangat menarik dan dapat menggalakkan serta memberi peluang kepada komuniti dalam pembuatan roti dan kek khususnya. Sekali gus dapat melahirkan usahawan yang berkemahiran dan berpotensi suatu hari nanti. Kelas praktikal seperti ini adalah amat digalakkan untuk bakal usahawan kerana kelas ini banyak memberi tunjuk ajar dan ruang kepada bakal usahawan untuk mencuba sendiri dalam mempelbagaikan rasa, bentuk, dan dekorasi pembuatan roti dan kek.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali