Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - TTT) Advokasi 2018/2019 Dan Mesyuarat PI Kluster Kuching Bil 1/2019
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 & 13 Januari 2019 (Sabtu & Ahad), Bengkel TTT Advokasi 2018/2019 dan Mesyuarat PI Kluster Kuching telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Dahlia. TTT ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang dihadiri oleh 11 peserta yang terdiri daripada Pengurus Pusat Internet, Kluster Kuching. Antara PI yang terlibat adalah:
- Pusat Internet Kg. Telaga Air
- Pusat Internet PPR Taman Malihah
- Pusat Internet PPR Taman Dahlia
- Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi
- Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya
- Pusat Internet Kg. Pasir Pandak
- Pusat Internet Kg. Bako
- Pusat Internet Kg. Quop
- Pusat Internet Bra'ang Bayur
- Pusat Internet Bengoh
- Pusat Internet Kg. Darul Islam Belimbing
Pada masa yang sama juga diadakan Mesyuarat PI Kluster Kuching sebagai ruang untuk mengemaskini dan memaklumkan status/aktiviti PI Kluster Kuching dan perbincangan aktiviti Klustering Kuching "Menarik Di Kuching" untuk tahun 2019. Antara topik-topik Advokasi yang dikongsi adalah:
- Pengurusan Risiko Dalam Talian
- Membina Kebingkasan (Building Resilience)
- Jenayah Siber - Ketahui Hak dan Tanggungjawab Anda!
- Perlindungan Kanak kanak dalam Dunia Siber
- Personal Data Protection
- Advisory ~ Sebenarnya.my
Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat untuk semua dan dikongsikan bersama-sama yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: