Hari Kesihatan Bersama Komuniti

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad – 8 Disember 2019, Team Al-Janah Great Eastern Takaful dengan kerjasama Pusat Internet PPR Taman Dahlia dengan jayanya mengadakan "Hari Kesihatan Bersama Komuniti" PPR Taman Dahlia di Bilik Latihan, PIPPRTD.Tujuan utama adalah memberi infomasi dan penerangan mengenai MySalam, PEKA40 dan Hibah Takaful.

Selain itu, program ini turut dijayakan bersama-sama Eyeborneo.com Eyecare Centre dengan mengadakan perkhidmatan pemeriksaan mata secara PERCUMA kepada komuniti yang hadir. Memeriahkan lagi program, pihak Mary Kay juga turut berkongsi tips-tips kesihatan dan kecantikan kepada para pengunjung.

Pada sebelah petang pula diadakan aktiviti bersama para pelajar sekolah. Seperti biasa, taklimat KDB & Advokasi disampaikan oleh staf Pusat Internet PPR Tmn Dahlia dan PI Ppr Malihah mengenai buli siber, penggunaan Internet, e-Waste & Check Your Label, dan aktiviti e-Learning.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali