Taklimat Kdb Dan Advokasi

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad – Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan taklimat ringkas tentang kDB dan Advokasi dan aktiviti pertandingan ICT/e-Learning bersama-sama anak-anak komuniti PPR Taman Dahlia sempena 'Hari Kesihatan Bersama Komuniti' kerjasama bersama Team Al-Janah Great Eastern Takaful. Aktiviti ini turut dijayakan bersama Pusat Internet PPR Taman Malihah..

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:

1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali