Program Miv Bersama Dtt Negeri Sarawak

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 19 Oktober 2019 dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari, MCMC Wilayah Sarawak telah mengadakan program “MIV with DTT” di kesemua Kluster di negeri Sarawak dengan melibatkan beberapa Pusat Internet terpilih di setiap Kluster. Program ini telah dijalankan di PI PPR Taman Sri Wangi yang melibatkan seramai 25 orang sukarelawan DTT termasuk Staf PI yang terlibat.

Untuk makluman semua, negara kini sedang dalam proses peralihan Siaran TV analog ke Siaran TV Digital myFreeview di mana perkhidmatan siaran TV analog akan ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara pada bermula suku ketiga 2019 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk negeri Sabah dan Sarawak, penutupan siaran analog (Analogue Switch Off – ASO) dan peralihan ke siaran digital MyFreeview akan dilakukan sepenuhnya pada 31 Oktober 2019.

Kempen kesedaran dan pendidikan tentang projek pendigitalan penyiaran nasional ini sedang giat dijalankan dalam pelbagai bentuk dan medium. Secara tidak langsung, Pusat Internet juga turut dilantik sebagai local champion bagi mempromosikan ASO dan MyFreeview yang mana setiap PI telah turut dibekalkan dengan set DTT atau DTH di lokasi masing-masing.

_"The Power Of Networking Always Don't Talk To Strangers_"

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali