Latihan Microsoft Powerpoint
21 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2018 (Jumaat), telah berlangsungnya Latihan Microsoft Powerpoint. Latihan ini dijalankan untuk mengajar kanak-kanak dan pelajar sekolah sekitar Taman Malihah mengenai cara penggunaan Microsoft Powerpoint. Antara aktivit yang dibuat sepanjang latihan adalah pengenalan mengenai Powerpoint, fungsi-fungsi asasnya, membuat latihan slide mengenai hobi atau makanan kegemaran dan membuat pembentangan slide. Sebanyak 8 orang kanak-kanak dan pelajar turut serta dalam latihan tersebut.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri taklimat yang di berikan:
- Pengenalan kepada fungsi Powerpoint.
- Belajar fungsi-fungsi asas Powerpoint.
- Mempelajari cara membuat slide yang menarik.
- Belajar cara membuat pembentangan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pengenalan Microsoft Powerpoint
- Belajar fungsi-fungsi asas Powerpoint seperti menambah slide baru, tema, memasukkan gambar dan sebagainya.
- Latihan membuat slide bertemakan hobi atau makanan kegemaran
- Memberi pembentangan mengenai slide masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: