Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi SK Santubong
17 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2018 (Jumaat), telah berlangsungnya Taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi bersama murid-murid dan guru SK Santubong. Taklimat ini didedahkan supaya pengguna lebih berhati-hati dalam melayari internet. Selain itu, taklimat ini juga memberi banyak faedah dan kebaikan tentang penggunaan Media sosial dengan betul dan selamat selain mengelakkan murid-murid terdedah kepada siber buli di internet. Seramai 100 orang murid terlibat serta 12 orang guru SK Santubong yang telah bersama-sama pihak PI menjayakan program tersebut. Program ini adalah kerjasama di antara PI PPR Taman Malihah dan PI PPR Taman Dahlia.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Para peserta akan tahu bagaimana penggunaan dan kebaikannya media sosial.
- Para peserta lebih berhati-hati dan memanfaatkan penggunaan media social.
- Murid-murid lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial terutamanya siber buli.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Sesi pengenalan PI
- Pengenalan kepada Asas ICT dan Perkakasan Komputer
- Tayangan Video Klik Dengan Bijak & E-Waste
- Latihan Dalam Kumpulan (Action Kamen)
- Sesi soal jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: