Perlindungan Isu Siber (Buli & Grooming)
18 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2018 (RABU), PI PPR Taman Malihah, PI PPR Taman Dahlia dan PI Kg. Bako telah bergabung untuk mengadakan sesi taklimat mengenai isu siber, “e-waste” dan “Check your Label”. Taklimat yang dijalankan lebih menyentuh kepada isu buli siber dan “online grooming” di mana isu tersebut amat relevan terutamanya kepada remaja. Akses internet mudah yang terdapat pada zaman ini menyebabkan kebangkitan dan peningkatan yang mendadak sehingga menjadi satu masalah yang serius. Melalui taklimat ini, para pelajar diharapkan lebih peka dan berhati-hati apabila berada di media sosial.
Selain itu, taklimat mengenai “e-waste” dan “Check Your Label” juga diberikan kepada pelajar kerana hamper semua remaja pada masa kini mempunyai telefon pintar atau gajet sendiri. Pelajar akan mempelajari cara untuk memastikan keaslian dan keselamatan gajet mereka. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara pelupusan barangan eletronik. Seramai 76 pelajar Tingkatan 3 SMK Sungai Maong yang turut serta untuk taklimat bersama beberapa orang guru.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri taklimat yang di berikan:
- Mengenali apa itu “Cyber-Bully” dan “Cyber-Grooming”
- Mempelajari kesan-kesan dan cara mengatasi “Cyber-Bully” dan “Cyber-Grooming”.
- Mengenal pasti keaslian dan keselamatan barangan eletronik
- Mempelajari cara dan langkah pelupusan barangan eletronik
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Taklimat “Cyber-Grooming” dan “Cyber-Bullying”
- Taklimat “e-Waste” dan “”Check Your Label”
- Tayangan video (Cyber Grooming/Cyber Bullying/e-waste/Check Your Label)
- Aktiviti dalam kumpulan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: