Kelas Asas Microsoft Word

28 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Isnin – 27 Febuari 2023, bermula jam 3 petang hingga 4 petang, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Taman Malihah telah membuat kelas Microsoft Word secara bersemuka dengan kehadiran beberapa orang pelajar sekolah rendah.

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar-pelajar. Mereka diajar fungsi-fungsi asas Microsoft Word seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan meletakkan gambar-gambar yang menarik di setiap muka surat yang baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali