Taklimat Kesedaran Advokasi Klik dengan Bijak

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 14 Januari 2023, pihak pengurusan masjid telah menjemput pihak PEDi dalam menyertai satu program Pemantapan Jati Diri di Masjid Darul Falah, Kampung Tabuan Foochow yang dihadiri seramai beberapa orang pelajar berumur 14 tahun dan ke atas. Program ini dijayakan bersama fasilitator PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi Kpg Pasir Pandak, dan PEDi Kg Bako.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet. a. Risiko Dalam Talian – Siber Buli.
b. Maklumat terlampau.
c. Maklumat Palsu.

"Community of Digital Age"

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali