Kursus Latihan Pengendalian Makanan

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad – 12 Mac 2023, bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah bekerjasama dengan pihak Syarikat iaitu daripada pihak NZ Bunga Venture dalam mengadakan Kursus Latihan Pengendalian Makanan secara atas talian. Kursus ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat atau peniaga makanan. Kursus ini juga diketuai oleh Puan Nurnadiah Sahrom wakil daripada Syarikat NZ Bunga Venture.

Dalam kursus ini lebih kepada pengenalan atau asas dalam pengendalian makanan. Kursus sebegini penting kepada semua peniaga makanan untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan yang diiktiraf. Jika peniaga gagal mempamerkan sijil tersebut maka denda akan dikenakan oleh pihak berwajib. Jadi, kursus sebegini amat penting dan perlu bagi setiap usahawan atau peniaga makanan agar lebih dipercayai dan terjamin kebersihannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali