Kelas Asas Microsoft PowerPoint

21 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Khamis – 20 Oktober 2022, bermula jam 3.30 petang hingga 4.30 petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah telah membuat kelas Microsoft PowerPoint secara bersemuka dengan kehadiran beberapa orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas Asas Microsoft PowerPoint ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft PowerPoint kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Memandangkan sesi pembelajaran sekolah pada masa pandemik sekarang menggunakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), kelas ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar sekolah yang tidak mempunyai komputer untuk membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran baru. Mereka diajar fungsi-fungsi asas PowerPoint seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan membuat slide agar lebih menarik. Pelajar sekolah memanfaatkan kemudahan dan sumber ilmu yang disediakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka serta dapat membiasakan diri dengan komputer terutamanya Microsoft Word untuk kertas kerja sekolah nanti. Pelajar sekolah memanfaatkan kemudahan dan sumber ilmu yang disediakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali