Kesedaran Klik Dengan Bijak
3 November 2022 | Aktiviti TerkiniRabu – 2 November 2022, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, dan PEDi Kpg Pasir Pandak telah mengadakan satu program taklimat kesedaran penggunaan Internet. Objektif program ini adalah untuk melaksanakan satu kempen kesedaran awam dan keselamatan internet yang bertemakan "Klik Dengan Bijak" atau “Internet Safety Awareness”. Selain itu, program advokasi juga diselitkan untuk memberi pendedahan kepada peserta terlibat. Program ini juga mendedahkan kepada pengguna agar berhati-hati dalam melayari internet terutamanya dalam Media Sosial.
Bengkel ini juga terisi dengan pengisian kempen kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak". Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Melalui program kesedaran ini, diharap setiap pengguna dapat mempelajari tentang penggunaan internet secara bijak dalam kehidupan kita. Banyak pengajaran dan pengetahuan dalam program ini agar dapat bersama membendung penyalahgunaan internet. Semoga program ini akan dilanjutkan agar orang awam mempunyai kesedaran mengenai penggunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: