Taklimat Kesedaran Advokasi Klik Dengan Bijak

23 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Selasa, 22 Februari 2022, pihak pengurusan sekolah telah menjemput pihak PEDi dalam menyertai satu program Orientasi Pelajar Tingkatan 3 di SMK Tun Abang Haji Openg yang dihadiri seramai 111 orang pelajar Tingkatan 3 tahun 2022. Slot taklimat ini adalah jemputan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak sekolah terbabit. Program ini dijayakan bersama fasilitator PEDI PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi Kpg Pasir Pandak, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi Kg Bako. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Check your label ialah satu Kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali