Webinar Utilizing Microsoft Word Like A Pro With UPSI

5 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 06 Jun 2022, PEDi Batu Gong dengan kerjasama PEDi PPR Taman Malihah dan PEDi PPR Taman Dahlia telah melaksanakan Webinar Utilizing Microsoft Word Like A Pro With Student UPSI yang berobjektif untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Word secara lebih terperinci. Webinar telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang yang dihadiri oleh 91 orang pelajar UPSI. Terlebih dahulu, pelajar didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Word seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan word, quick access tools dan backstage view bagi proses menyimpan dokumen yang telah siap. Para pelajar juga telah diajarkan proses penghasilan teks iaitu asas teks dan format teks. Selain itu, mereka juga didedahkan penggunaan indents dan tab dalam penghasilan teks juga didedahkan mengenai line dan paragraph spacing untuk di operasikan di dalam sesuatu penghasilan kerja. Dalam masa sama, mereka diperkenalkan cara penggunaan layout di dalam Microsoft Word juga di dedahkan mengenai pelbagai jenis layout yang dapat digunakan dalam penghasilan kerja yang di lakukan dan boleh diguna pakai. Akhir sekali,pelajar di berikan sedikit perkongsian mengenai Tips dan Trick di dalam Microsoft Word yang boleh digunakan dengan mudah dan menjimatkan masa pelajar untuk membuat sesuatu kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali