Program Bersama Centre of Technical Excellence (CENTEX)

18 September 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 17 September 2022, Program ini dibuat melibatkan seramai 80 orang peserta yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia. Program tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kg Pasir Pandak bersempena dengan Program Sukan Hari Malaysia anjuran Kelab Rukun Tetangga Kg Pasir Pandak dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Kuching. Program ini dijalankan selama satu (1) jam sahaja bermula dari jam 11 pagi- 12 tengah hari. Encik Muhammad Shahmi bin Marjuki selaku Penolong Pengurus CENTEX cawangan Santubong telah dijemput bagi memperkenal pusat latihan tersebut dan senarai kursus yang ditawarkan di CENTEX.

Antara kursus yang ditawarkan di CENTEX ialah kursus teknikal, kursus digital dan kursus warisan. Dalam program itu juga, terdapat sesi soal jawab terus diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan. Encik Muhammad Shahmi turut memaklumkan kepada peserta jika mempunyai sebarang persoalan atau ingin mengadakan kelas amali di luar CENTEX bolehlah menghubungi pejabat pada bila-bila masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali