Kelas Asas Microsoft Word
26 April 2022 | Aktiviti TerkiniIsnin – 25 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah telah membuat kelas Microsoft Word secara bersemuka dengan kehadiran beberapa orang pelajar daripada sekolah rendah.
Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar sekolah menengah.
Memandangkan sesi pembelajaran sekolah pada masa pandemik sekarang menggunakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), kelas ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar sekolah yang tidak mempunyai komputer untuk membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran baru.
Mereka diajar fungsi-fungsi asas Word seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan cara mengubahsuai font.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: