Kelas Asas Microsoft Word

19 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Selasa – 18 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Malihah telah membuat kelas Microsoft Word secara bersemuka dengan kehadiran beberapa orang pelajar daripada SMK Sri Matang.

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar sekolah menengah.

Memandangkan sesi pembelajaran sekolah pada masa pandemik sekarang menggunakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), kelas ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar sekolah yang tidak mempunyai komputer untuk membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran baru.

Mereka diajar fungsi-fungsi asas Word seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan cara mengubahsuai font.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali