Ambang Kemerdekaan Tadika Kemas

2 September 2022 | Aktiviti Terkini

Khamis – 1 September 2022, PEDi Kpg Pasir Pandak telah mengadakan satu program sempena kemerdekaan dengan anjuran Tadika Kemas Kpg Pasir Pandak. Dalam program ini juga PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi Kpg Bako terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut. Program ini dijayakan di sekitar Tadika Kemas Kpg Pasir Pandak. Tujuan program ini untuk menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid Tadika Kemas. Selain murid,ibu bapa murid juga adalah digalakkan untuk menyertai aktiviti bersama anak-anak Tadika.

Antara aktiviti yang dilakukan seperti perarakan sekitar kampung bersama murid-murid dan guru Tadika Kemas. Selain itu, senaman aerobic juga dilakukan bagi memberi keyakinan dan keseronokan kepada para peserta yang terlibat dalam program ini. Aktiviti seperti mewarna juga diadakan bersama murid-murid dan ibu bapa murid.

Melalui program ini, dapat kita rapatkan lagi hubungan sesama murid-murid serta guru dan ibu bapa. Program ini juga amatlah berguna agar semangat cintakan negara tetap di hati dan murid-murid faham makna kemerdekaan dan cintakan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali