Kelas Asas ICT dan Klik Dengan Bijak

21 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Isnin – 20 Jun 2022, bermula jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang, PEDi PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas asas ICT melibatkan pelajar sekolah rendah. Kelas yang dilangsungkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah cara untuk mengendali komputer.

Objektif utama kelas tersebut adalah mengajar cara navigasi di “Desktop”. Selain itu, betujuan mengajar pelajar dalam membuat ‘search engine’ di bahagian Google Chrome. Pembelajaran ini lebih kepada penggunaan internet dan bagaimana cara untuk mengendalikan komputer secara berhemah. Selepas itu, pelajar juga didedahkan sedikit info berkaitan Klik Dengan Bijak iaitu penggunaan internet secara bijak. Beberapa video ditayangkan sebagai maklumat dan info kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali