Webminar Program Penerimagunaan Digital MDEC @ PEDi

20 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Khamis – 19 Mei 2022, Program Penerimaan Digital MDEC @ PEDi dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MEDC) pada 19 Mei 2022. Ia telah dijalankan secara hybrid atau atas talian. Program tersebut juga telah diadakan selama 2 jam bermula dari jam 930 pagi sehingga jam 12 tengahari. Program ini melibatkan semua warga kerja Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia.

Program ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan program-program digital MDEC yang bakal ditawarkan di PEDi, keperluan serta kaedah bagi menghebahkan program-program digital kepada komuniti di PEDi.

Penceramah jemputan yang diberi tanggungjawab dalam program tersebut ialah Encik Nurezali bin Osman, Pengurus Kanan Bahagian Digital Entrepreneurs, Digital Adoption MDEC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali