Kesedaran Klik Dengan Bijak

10 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Selasa – 9 Ogos 2022, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi Kpg Pasir Pandak telah mengadakan satu program taklimat kesedaran penggunaan Internet. Objektif program ini adalah untuk melaksanakan satu kempen kesedaran awam dan keselamatan internet yang bertemakan "Klik Dengan Bijak" atau “Internet Safety Awareness”. Selain itu, program advokasi juga diselitkan untuk memberi pendedahan kepada peserta terlibat. Program ini juga mendedahkan kepada pengguna agar berhati-hati dalam melayari internet terutamanya dalam Media Sosial.

Melalui program kesedaran ini, diharap setiap pengguna dapat mempelajari tentang penggunaan internet secara bijak dalam kehidupan kita. Banyak pengajaran dan pengetahuan dalam program ini agar dapat bersama membendung penyalahgunaan internet. Semoga program ini akan dilanjutkan agar orang awam mempunyai kesedaran mengenai penggunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali