Pendaftaran Sarawak eRecruitment

7 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis – 6 Mei 2021, bermula jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas Pedaftaran Sarawak eRecruitment. Kelas ini diadakan untuk memberi bimbingan kepada pengguna Pusat Internet Komuniti mengenai cara mengisi permohonan pekerjaan di Sarawak eRecruitment. Melalui kelas ini, mereka diajar cara membuat Sarawak ID terlebih dahulu kerana ia diperlukan untuk mengguna kemudahan eRecruitment. Mereka kemudian dibimbing dalam proses mengisi butiran peribadi pemohon dan cara memohon pekerjaan di dalam laman sesawang tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali