Pemasaran Online

7 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa – 6 Julai 2021, PIK PPR Taman Malihah telah membuat satu aktiviti untuk rujukan komuniti setempat iaitu Pemasaran Online atau pun atas talian. Pemasaran online dianggap mampu melebarkan sayap pemasaran perniagaan secara optimal dengan pendapatan yang jauh lebih ringan jika dibandingkan secara offline. Musim pandemic ini teknik dalam pemasaran online amat penting kepada usahawan atau pun perniagaan. Pihak kami memberi sedikit perkongsian berkaitan kaedah pemasaran online supaya memudahkan usahawan dan perniagaan dalam menjalankan perniagaan mereka. Tujuan program ini sedikit sebanyak boleh membantu usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Selain itu, dapat mengembangkan pengetahuan dan pengalaman anda untuk melangkah ke tahap seterusnya. Kami akan dedahkan cara menyampaikan pemasaran yang berkesan dengan Google Marketing platform. Banyak maklumat dan kaedah yang telah kami tunjukkan dalam bentuk video agar usahawan boleh faham dan dapat mengambil ilmu daripada video tersebut. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat serta idea kepada bakal dan usahawan di luar sana. Kami berkongsi tips bagaimana untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk serta jualan mereka. Melalui kaedah online ini sangat membantu jualan produk serta dapat meningkatkan pendapatan mereka lebih-lebih lagi pada musim pandemic ini. Melalui program ini banyak input dan pengetahuan yang berguna kepada komuniti. Program ini perlu diketengahkan lagi kepada masyarakat agar mereka lebih tahu dan mudah untuk memasarkan produk serta jualan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali