Kesedaran Klik Dengan Bijak

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 12 Jun 2021, PIK PPR Taman Malihah telah membuat satu kuiz atau permainan minda secara atas talian terbuka kepada semua golongan terutamanya kepada komuniti setempat. Permainan kuiz ini bertujuan untuk menguji tahap pengguna dalam menggunakan internet secara bijak. Kuiz ini juga mendedahkan kepada pengguna agar berhati-hati dalam melayari internet terutamanya dalam Media Sosial.

Selain itu, kuiz ini juga berkongsi mengenai maklumat palsu dan maklumat melampau ketika berkongsi di media sosial. Banyak tips serta langkah pencegahan menyebarkan berita palsu dan berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi di media sosial. Melalui permainan ini, diharap setiap pengguna dapat mempelajari tentang penggunaan internet secara bijak dalam kehidupan kita. Banyak pengajaran dan pengetahuan dalam kuiz ini agar dapat bersama membendung penyalahgunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali