Tips Penjagaan PC - Pengurusan Haba

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat – 12 Jun 2021, PIK PPR Taman Malihah telah membuat satu perkongsian mengenai cara penjagaan PC kepada semua golongan terutamanya kepada komuniti setempat. Tips untuk kali ini adalah mengenai kepentingan pengurusan haba untuk computer. Suhu komputer perlu diambil tahu kerana ini akan menentukan kepanjangan jangka hayat komponen-komponen komputer pengguna seperti CPU, GPU dan Motherboard.

Suhu yang terlalu panas boleh merosakkan komponen-komponen tersebut. Oleh sebab itu, tips kali ini mengajar pengguna untuk menggunakan aplikasi seperti Speccy atau HWmonitor untuk mengawasi suhu komputer mereka. Tips ini diharap dapat dipraktikkan oleh komuniti setempat kerana kita tidak mahu kerosakan berlaku kepada komputer kita memandangkan harga komponen-komponen komputer sekarang masih lagi dijual dengan harga yang terlampau mahal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali