Taklimat KDB – Panggilan Palsu(Macau Scam)

30 September 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu – 29 September 2021, bermula jam 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang, PIK PPR Taman Malihah telah mengadakan taklimat secara atas talian mengenai masalah panggilan palsu yang melibat penipuan Macau Scam. Macau Scam adalah salah satu penipuan panggilan palsu dimana modus operandi mereka adalah cuba untuk mencuri wang mangsa melalui kaedah online banking. Penipu tersebut kebiasaannya akan menyamar sebagai pegawai bank atau polis dan akan menakutkan mangsa dengan menyatakan bahawa mereka terlibat dengan kes jenayah.

Oleh itu, melalui taklimat ini, komuniti setempat diharapkan dapat kesedaran mengenai isu ini dan bekongsi ilmu ini dengan keluarga dan rakan. Isu ini masih lagi hangat kerana hampir setiap bulan ada sahaja kes Macau Scam ini dilaporkan di portal berita. Bersama-samalah kita peka dengan penipuan dan laporkan segera kepada pihak polis jika menerima panggilan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali