PIKCAST #01 - Usahawan Bundle Aslina Asmaniah

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu – 23 Jun 2021, bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi, PIK PPR Taman Malihah telah menemubual atau bual bicara bersama seorang uasahawan wanita yang baru berjinak dengan perniagaannya. Usahawan ini lebih dikenali sebagai Aslina yang merupakan usahawan muda berasaskan bundle atau barang terpakai. Barang-barang yang diniagakan adalah seperti soft toys dan baju. Aslina berniaga melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pencetus idea ini adalah beliau sendiri kerana baginya tidak mudah untuk menampung keperluan hidup hanya berdasarkan satu pekerjaan sahaja. Jadi, usahawan ini bertekad untuk berniaga barangan bundle bagi menampung perbelanjaannya seharian.

Pihak PIK sentiasa memberikan sokongan kepada usahawan ini agar tidak mudah berputus asa dalam perniagaannya. Selain memberi latihan kepada usahawan ini, pihak kami juga turut membantu beliau dalam mempromosikan barang jualannya seperti di media sosial. Bagi yang berminat dengan barangan bundle, boleh follow Facebook https://www.facebook.com/AslinaAsBundlestore

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali