Kelas Asas Open Broadcast Studio (OBS)

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat – 25 Jun 2021, bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi, PIK PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas Asas Open Broadcast Studio (OBS). Kelas ini bertujuan untuk mengajar anda cara memuat turun OBS dan asas penggunaannya. Di dunia yang serba digital ini, untuk melakukan live streaming diperlukan aplikasi broadcasting. Salah satunya adalah OBS Studio. Sebahagian dari anda mungkin sudah pernah mendengar nama aplikasi tersebut. Namun apakah kamu sudah tahu apa itu OBS Studio? OBS adalah Software Streaming dan Recording yang sesuai untuk kegunaan Live Streaming di Facebook, Youtube dan Twitch.

Live streaming kini telah menjadi salah satu aktiviti yang saat ini banyak dilakukan oleh masyarakat. Tidak hanya untuk sekedar hiburan, ramai yang melakukannya untuk keperluan mengajar dan berbincang.

Sehingga kini, OBS Studio masih menjadi pilihan pertama kerana dari segi penggunaannya lebih mudah. Anda boleh menggunakannya secara mudah bila-bila masa sahaja. Banyak filter yang tersedia untuk menjadikan live streaming anda akan lebih menarik.

Selain itu juga, OBS boleh merakam semasa live steaming dilakukan, serta boleh dijadikan dokumen atau keperluan editing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali