Apakah yang anda tahu mengenai Ar-Rahnu?

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu – 23 Jun 2021, PIK PPR Taman Malihah telah bekerjasama dengan beberapa buah PIK sekitar Kuching dan Sibu. Program yang emberi peluang kepada komuniti nuntuk mengenali lebih dekat apakah itu Ar-Rahnu. Program ini adalah telah dijayakan bersama agensi Ar-Rahnu dan lima buah PIK seperti PIK PPR Taman Dahlia, PIK Kpg Pasir Pandak, PIK PPR Batu Gong, PIK Bawang Assan dan PIK Kpg Tebelu. Program ini diadakan secara maya iaitu atas talian yang menggunakan platform Google Meet dan Live Stream Facebook di Page PIK. Program ini juga mengambil masa selama 2 jam bermula 2.30 petang dan berakhir 4.30 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti terhadap Ar-Rahnu. Ar-Rahnu merupakan sebuah badan swasta penubuhan pajak gadai Islam. Badan swasta ini juga ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan mikro kredit secara udah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosioekonomi ummah. Selain itu, bertanggungjawab sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.

Melalui program ini banyak input dan pengetahuan yang berguna kepada komuniti. Program ini perlu diketengahkan lagi kepada masyarakat agar mereka lebih tahu dan mudah untuk memohon apa-apa keperluan yang diingini. Selain itu juga, program ini telah banyak memeri kesedaran kepada masyarat khasnya berkaitan pajak gadai Islam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali