Program Advokasi KafeTeen@PEDi Siri 2

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu – 24 November 2021, Program advokasi siri kedua (2) ini dibuat melibatkan seramai lima belas (15) orang peserta. Program tersebut ini dilakukan secara atas talian sahaja. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terpilih di Sarawak.Program tersebut turut dihadiri oleh warga kerja beberapa buah PEDi bagi bersama-sama menyokong dan memeriahkan program advokasi yang dianjurkan oleh LPPKN. Program tersebut terbuka kepada golongan remaja atau belia yang berusia antara 13-24 tahun.

Program siri kedua (2) ini berfokuskan dan memberi kesedaran kepada golongan remaja atau belia khasnya mengenai bahayanya penyakit AIDS/HIV dan penyakit jangkitan seksual. Ramai dalam kalangan remaja atau belia yang kurang memahami dan faham mengenai konsep sebenar penyakit tersebut. Oleh yang demikian, bagi menjelaskan konsep dengan lebih lanjut, Encik Shahrezal Arrashid telah diberi ruang untuk melakukan perkara sedemikian. Program ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia terpilih di Sarawak.

Kelebihan program ini ialah agar peserta sedar dan faham bahawa bahawa bahayanya penyakit AIDS/HIV dan penyakit jangkitan seksual yang boleh dikatakan agak aktif menular dalam komuniti. Para peserta diberi maklum dan nasihat agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani penyakit ini oleh sebab belum lagi ada penemuan penawar untuk penyakit maut ini.Program advokasi berakhir dengan sesi gambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali