Kelas Asas Microsoft Office - Word

22 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis – 21 Disember 2020, bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 petang, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas asas Microsoft Word melibatkan pelajar sekolah rendah.

Kelas Asas Microsoft Office ini diadakan bagi memberi pendedahan dan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar sekolah rendah.

Memandangkan sesi pembelajaran sekolah pada masa pandemik sekarang menggunakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), kelas ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar sekolah yang tidak mempunyai komputer untuk membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran baru.

Mereka diajar fungsi-fungsi asas Word seperti membuat dokumen baru, belajar menaip dan cara mengubahsuai font.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali