Taklimat Check Your Label

21 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat – 23 Jun 2021, bermula jam 3.30 petang sehingga 4.30 petang, PIK PPR Taman Malihah telah mengadakan taklimat secara atas talian mengenai kempen MCMC iaitu Check Your Label. Check Your Label (CYL) adalah kempen dimana pengguna peralatan eletronik menjadi lebih peka mengenai label MCMC yang ada di peranti mereka. Label tersebut menandakan bahawa peranti atau peralatan tersebut telah diiktiraf oleh pihak MCMC sebagai peralatan yang selamat digunakan dan mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Selain daripada penerangan mengenai CYL, pengguna juga diajar cara menyemak label peralatan mereka dengan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar. Aplikasi tersebut adalah percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali