Pengenalan Maxis eKelas

20 April 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin – 19 April 2020, bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas pengenalan Maxis eKelas kepada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai platform eKelas yang disediakan oleh pihak Maxis.

Melalui kelas ini, pelajar sekolah diharapkan dapat menambah lagi sumber pembelajaran untuk memperbaiki dan menambah baik lagi subjek Matematik, Inggeris dan Sains. Pelajar diajar cara untuk mendaftar di laman sesawang dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam eKelas tersebut.

Semua kelas dan latihan disediakan secara percuma. Pelajar cuma perlu mendaftar seperti biasa di laman sesawang https://www.ekelas.com.my/home/ .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali